Wednesday, May 28, 2014

Latarbelakang dan Penubuhan
 Tabika Kemas Kampung Pisang

Tabika Kemas Kampung Pisang telah ditubuhkan hasil usaha daripada Penubuhan Kebajikan Islam, Qariah Masjid Jamek Paya Terubong pada tahun 1986. Dengan wijudnya Tabika pada tahun tersebut terdapat seramai 20 sehingga 30 bilangan kanak-kanak yang berdaftar di Tabika tersebut. Dengan tertubuh dan adanya Tabika Kampung Pisang di kawasan Ayer Itam ianya memberi peluang kepada penduduk-penduduk bagi menghantar anak-anak mereka ke Tabika Kampung Pisang dan bagi mengelakkan ibubapa menghantar anak-anak mereka ke Tabika yang diwujudkan oleh pihak Gereja ketika itu.

Semenjak Tabika ditubuhkan sehingga kini seramai lima guru dan pembantu guru telah memberi perkhidmatan dan sumbangan walaupun saguhati yang diberikan tidak seberapa. Ini kerana kesedaran mereka bertapa penting ilmu kepada anak bangsa agar berjaya disuatu hari nanti. Sehingga kini Tabika Kampung Pisang telah berusia lebih 20 tahun. Apa yang menggembirakan pihak pengurusan dan juga ibubapa para pelajar yang pernah belajar di Tabika ini telah berjaya dan menjawat jawatan -jawatan yang tinggi di sektor kerajaan mahupun swasta. Ada yang menjadi Doktor, Pensyarah, Pendidik (Guru), Pegawai Bank.

Sokongan daripada ibubapa , penduduk-penduduk dan pemimpin masyarakat yang terdapat di kawasan ini membolehkan setiap aktiviti yang diadakan dan dianjurkan oleh Tabika pastinya berjaya mencapai matlamatnya.

Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada KEMAS Negeri dan Kerajaan di atas peruntukkan yang diberi.

Slogan yang diamalkan oleh Tabika ini ialah "BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN SETIAP USAHA PASTI MENCAPAI KEJAYAAN".






SUKAN TABIKA KEMAS



JOHAN
 KESELURUHAN TABIKA KEMAS PARLIMEN BUKIT GELUGOR 2014


MAJLIS KONVOKESYEN


AKTIVITI TABIKA


Majlis Perpisahan Kanak-Kanak TABIKA

MAKLUMAT DIRIKU

NAMA                          :  SALINA BINTI HASHIM

NO. KAD PENGENALAN : 671018-02-5992

UMUR                           : 46 TAHUN

Status                          : Berkahwin
E-MAIL                         : sallysalina43@gmail.yahoo

MAKLUMAT TABIKA      :  TABIKA KEMAS KAMPUNG PISANG,
                                        BALAIRAYA KAMPUNG PISANG,
                                        JALAN KAMPUNG PISANG,
                                        11500 AYER ITAM,
                                        PULAU PINANG.

MISI, VISI DAN OBJEKTIF TABIKA KEMAS KAMPUNG PISANG

MISI, VISI DAN OBJEKTIF

Misi

  1. Meningkatkan kompetensi pelajar supaya mampu berdikari untuk meningkatkan taraf kehidupan dari segi pendidikan, sosial dan ekonomi;
  2. Memperkukuhkan organisasi dan pelajar dengan niali-nilai murni ke arah pembangunan yang seimbang;
  3. Meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti;
  4. Memberi kefahaman dan menjayakan perkhidmatan yang berkualiti;
  5. Memberi kefahaman dan manjayakan pelaksanaan dasar-dasar Kerajaan; dan
  6. Mewujudkan pelajar berilmu melalui pendidikan sepanjang hayat.

Visi

Nadi Pembangunan dan Perubahan Pelajar-Pelajar.

Objektif

  1. Menjadikan masyarakat pelajar yang kompeten, berdaya saing dan berdikari;
  2. Memantapkan perkembangan sosio-emosi, fizikal, intelek dan rohani serta menguasai kemahiran asas 3M kepada kanak-kanak berumur di bawah 6 tahun; dan
  3. Memastikan sistem penyampaian yang berkesan.

Peranan

  1. Mengubah sikap dan menyemai perasaan di kalangan pelajar untuk membina satu masyarakat yang maju dan berdikari;
  2. Memupuk inisiatif dan perasaan tanggungjawab setiap pelajar dalam pembangunan sosial, ekonomi dan politik;
  3. Melibatkan penyertaan pelajar secara aktif bagi menjayakan matlamat kerajaan dan negara; dan
  4. Mengeratkan hubungan pelajar dan kerajaan di samping mendapat sokongan rakyat terhadap usaha pembangunan negara

Strategi

  1. Menumpukan Pembangunan Manusia sebagai teras dalam Pembangunan Pelajar.
  2. Memperlengkapkan minda melalui pendidikan dan kemahiran mengikut tuntutan semasa.
  3. Penglibatan secara langsung dan bersepadu dengan lain-lain Agensi Kerajaan, Swasta, Institusi Masyarakat dan orang perseorangan dalam usaha membangun pelajar-pelajar.
  4. Merangsang kumpulan sasar mencetus idea untuk merancang program-program pembangunan.