Wednesday, May 28, 2014

Latarbelakang dan Penubuhan
 Tabika Kemas Kampung Pisang

Tabika Kemas Kampung Pisang telah ditubuhkan hasil usaha daripada Penubuhan Kebajikan Islam, Qariah Masjid Jamek Paya Terubong pada tahun 1986. Dengan wijudnya Tabika pada tahun tersebut terdapat seramai 20 sehingga 30 bilangan kanak-kanak yang berdaftar di Tabika tersebut. Dengan tertubuh dan adanya Tabika Kampung Pisang di kawasan Ayer Itam ianya memberi peluang kepada penduduk-penduduk bagi menghantar anak-anak mereka ke Tabika Kampung Pisang dan bagi mengelakkan ibubapa menghantar anak-anak mereka ke Tabika yang diwujudkan oleh pihak Gereja ketika itu.

Semenjak Tabika ditubuhkan sehingga kini seramai lima guru dan pembantu guru telah memberi perkhidmatan dan sumbangan walaupun saguhati yang diberikan tidak seberapa. Ini kerana kesedaran mereka bertapa penting ilmu kepada anak bangsa agar berjaya disuatu hari nanti. Sehingga kini Tabika Kampung Pisang telah berusia lebih 20 tahun. Apa yang menggembirakan pihak pengurusan dan juga ibubapa para pelajar yang pernah belajar di Tabika ini telah berjaya dan menjawat jawatan -jawatan yang tinggi di sektor kerajaan mahupun swasta. Ada yang menjadi Doktor, Pensyarah, Pendidik (Guru), Pegawai Bank.

Sokongan daripada ibubapa , penduduk-penduduk dan pemimpin masyarakat yang terdapat di kawasan ini membolehkan setiap aktiviti yang diadakan dan dianjurkan oleh Tabika pastinya berjaya mencapai matlamatnya.

Kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada KEMAS Negeri dan Kerajaan di atas peruntukkan yang diberi.

Slogan yang diamalkan oleh Tabika ini ialah "BEKERJA SEBAGAI SATU PASUKAN SETIAP USAHA PASTI MENCAPAI KEJAYAAN".






No comments:

Post a Comment